PROFIL DAERAH



Pentadbiran Pekan di Daerah Nabawan bermula dengan penubuhan Majlis Daerah Nabawan pada 01.Januari.1964 di bawah peruntukan 3 Ordinan Kerajaan Tempatan dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan No.G.NS. 165-1961.

Majlis Daerah Nabawan berkeluasan 1,017 ekar meliputi tiga ( 3 ) kawasan Pekan seperti berikut:

1.Pekan Nabawan yang mempunyai keluasan 1,000 ekar.

2.Pensiangan yang mempunyai keluasan 10 ekar.

3.Sepulut yang mempunyai keluasan 7 ekar.

Pejabat Majlis Daerah Nabawan Pensiangan, pada mulanya terletak di bangunan pejabat Daerah Nabawan lama dan telah berpindah ke bangunan sendiri pada Tahun 1996.

Majlis Daerah Nabawan diketuai oleh Pengerusi Majlis dan dianggotai oleh 18 Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sabah yang berperanan dalam pembentukan dasar-dasar dan membuat serta meluluskan Undang-Undang Kecil dalam sesebuah daerah.

LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH NABAWAN

PROFIL RINGKAS MAJLIS DAERAH NABAWAN
==================================

1.Nama agensi : Majlis Daerah Nabawan

2.Alamat : Peti Surat 27, 89957 Nabawan

3.No. Telefon : 087-366194

4.No. Fax : 087-366195

5.Nama Ketua Agensi : Pengerusi

6.Ketua Pentadbir : Pegawai Eksekutif (Pegawai Tadbir)

7.Jumlah Kakitangan : 27 orang

8.Jumlah Ahli Majlis : 18 orang

9.Nama Kementerian : Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (Sabah)

10. Kawasan Operasi : Kawasan Perkadaran 1,000 ekar, Kawasan Pekan 50 ekar